'..one write not because one wants to say something, one write because one has something to say..'
Sunday, June 21, 2009
Along and me simultaneously preggie
I'm so happy that Along get to be pregnant very fast. Both of us marry late and delay in pregnancy will have great pressure on us. To undergo the uncertainty whether we can be mothers or not is a great apprehension. Allhamdullilah, i'm already a mother, and Along soon to be. Thank you Allah s.w.t
We have been planning to snap photos of ourselves being preggie, big and all for the longest time. Finally we manage to do it yesterday. Along came down to Seremban for a visit. Hessa so happy Along was here. Not easy to meet up Along. She has been rounding the world since her marriage. Her frequent destinations - Doha, Singapore, Kulim and recently just came back from performing Umrah with her hubby. Good to finally meet up.
Our belly so big huh. Especially mine. I pray we will have a safe and smooth delivery. Welcome to the world Isfahan! (Along child's name)
Monday, June 15, 2009
Musuh tembak semasa rukuk
12 jemaah ditembak mati ketika imam baca al-Fatihah pada rakaat kedua solat Isyak. Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital. Tembakan dilepaskan bertalu-talu dari dari arah belakang dan tepi berlaku hampir 10 minit, menyebabkan jemaah tumbang satu persatu. Penyerang bersenjata itu menjadikan barisan jemaah yang sedang bersolat diimamkan Wan Abdullah Wan Latif, 62, bagaikan "barisan pesalah yang sedang menjalani hukuman tembak sampai mati".
Saya tengok gambar makchik-makchik dan wanita-wanita ni melihat suami, anak-anak dan sanak saudara mereka terbunuh rasa sangat sayunya. Wanita-wanita ni saling tak tumpah macam mak-mak kita dan wanita-wanita di sekeliling kita di Malaysia ini. Bertudung, berkain batik. Memanglah kita dan mereka ini serumpun berbangsa Melayu. Cuma saya yang selama ini terlupa bahawa ada bangsa serumpun kita di Selatan Thailand sana. Bangsa serumpun kita yang menderita dengan konflik keganasan dan kemiskinan hidup.
Pihak tentera Thailand menuduh kumpulan pemisah yang membuat serangan ke masjid tersebut. Mereka dakwa serangan oleh tiga lelaki bersenjata dan bertopeng itu bertujuan melaga-lagakan penduduk Muslim wilayah selatan dengan penduduk beragama Buddha.
Tetapi penduduk tempatan tidak setuju. Kata mereka ".. walaupun sejahat mana pun orang Melayu di wilayah ini, mereka tidak pernah membunuh orang dalam masjid, apatah lagi imam dan makmum yang sedang beribadat dan menunaikan solat. Kami yakin kekejaman ini angkara golongan bukan Islam..."
Di atas gambar salah seorang jemaah yang ditembak di dua bahagian badannya.
Semenjak mendengar pengakuan bekas rakan sekolah saya yang beliau adalah pewaris kerajaan Pattani saya semakin mengikuti perkembangan di Selatan Thailand. Tidak kisah la pengakuan beliau itu betul atau tidak tetapi cerita beliau membuka mata saya untuk mengambil tahu tentang keadaan di sana.
Saya doakan penduduk di sana terus tabah dan mendapat keadilan dalam masa terdekat ini.
Akhirnya saya ambil tahu apa jadi di Selatan Thailand..
Saya lebih berkobar-kobar tentang konflik Palestine dan Israel. Pengetahuan saya tentang konflik di Darfur, Ethopia dan di negara-negara Islam yang lain lebih mendalam jika dibandingkan pengetahuan saya tentang konflik di Selatan Thailand. Walhal kawasan tersebut begitu dekat dari segi geografinya dengan Malaysia.
Mungkin kerana saya sering mendengar cerita-cerita negatif tentang perangai (attitude) rakyat di kawasan tersebut. Mereka di katakan mundur serba-serbi kerana sikap negatif mereka sendiri i.e. malas, banyak masalah sosial, isu penagihan dadah yang serius etc. Walaupun mereka cenderung pada agama namun kecenderungan mereka ini tidak membawa kepada kejayaan dalam kehidupan mereka di dunia.
Rakyat Malaysia pula sering ke sana sebab nak kahwin lari. Ini pun menambah perasaan negatif saya tentang kawasan tersebut. Gambaran yang diberikan kepada pejuang pemisah Selatan Thailand pun tidak memberansangkan. Jadi saya tidak begitu suka untuk mengambil tahu tentang isu di sana.
Namun saya telah terjumpa bekas rakan persekolahan saya sewaktu saya menghadiri satu kursus baru-baru ini. Beliau juga menyertai kursus yang sama. Cerita punya cerita akhirnya terkeluarlah dari mulut beliau tentang siapa diri beliau sebenarnya. Baliau membuat pengakuan bahawa beliau adalah pewaris sebenarnya kerajaan Pattani di Selatan Thailand itu. Saya terkebil dengan pengakuan beliau. Dalam hati saya berkata 'dia ni betul ke tak ni??'
Saya tidak faham sangat tentang sejarah Selatan Thailand ni. Beliau pun menjelaskan. Sebenarnya kerajaan Pattani yang merangkumi Narathiwat dan Yala itu dahulunya adalah kerajaan Melayu Islam Pattani yang hebat. Kerajaan Pattani diperintah oleh sultan-sultan dan permaisuri-permaisuri beragama Islam. Kerajaan ini membayar ufti kepada kerajaan Siam sama seperti Kedah, Perlis, Trengannu dan Kelantan. Namun pada tahun 1909, Kerajaan Siam dan British telah membuat perjanjian sesama mereka tanpa menglibatkan pemerintah Pattani pada ketika itu dan membuat pembahagian kawasan seperti berikut:
- Pattani, Yala dan Narathiwat diserahkan kepada Kerajaan Thailand, manakala Kedah, Perlis, Trengganu dan Kelantan diserapkan ke Tanah Melayu bawah pemerintahan British.
Perjanjian tersebut dikenali sebagai perjanjian Bangkok. Saya ada belajar di sekolah tentang perjanjian ini, tapi dah lupa-lupa ingat. Tentu sahaja kesultanan Pattani marah dengan perjanjian ini. Tidak semena-mena Pattani menjadi hak milik Thailand. Pewaris-pewaris kerajaan Pattani ramai yang dipindahkan di Hulu Perak, Malaysia. Maka lupuslah kesultanan Melayu Pattani.
Sejak penyerapan Pattani masuk ke Thailand, kerajaan Thailand melaksanakan pelbagai polisi untuk mengubah rakyat di Selatan Thailand menjadi seperti warga Thailand. Bahasa Melayu diketepikan, begitu juga dari segi penamprilan dan sebagainya. Seboleh-bolehnya identiti Melayu rakyat di kawasan tersebut dilupuskan dan mahu ditukarkan kepada identiti dan budaya Thailand.
Sejak daripada perjanjian Bangkok itu usaha telah dijalankan oleh pewaris kerajaan Pattani dan pejuang pemisah untuk membebaskan diri mereka dari kerajaan Thailand. Namun sehingga kini gagal. Pejuang pemisah tidak redha kawasan Selatan Thailand ini menjadi sebahagian negara Thailand. Mereka kata Selatan Thailand adalah kawasan Melayu Islam. Mereka mahu memisahkan diri dari pentadbiran Buddha-Siam.
Apa yang menariknya kini perjanjian Bangkok itu telah tamat durasinya. Perjanjian tersebut yang berlangsung selama 100 tahun tamat pada tahun 2009. Oleh itu mengikut perjanjian tersebut wilayah di Selatan Thailand tersebut perlu dipulangkan semula kepada waris asalnya dan mengikut kata kawan saya itu kepada beliau lah...
Kini beliau dan pemegang amanah kesultanan Pattani sedang berusaha untuk mendapatkan semula Kerajaan Pattani. Mereka mungkin akan membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa untuk mendapatkan semula hak mereka.
Saya tanya pada kawan saya tu macamana nak sahkan yang dia pewaris kerajaan Pattani. Kata beliau salasilah keturunan memang mereka simpan dengan baik, ditambah pula dengan bukti DNA dan sebagainya. Saya tak tau nak percaya ke tak dengan beliau. Apa-apa pun kata saya kalau beliau betul-betul naik takhta nanti jemput la saya untuk majlis pertabalan beliau. Beliau hanya ketawa.
Saya tidak tahu apa perkembangan tuntutan beliau ke atas kawasan Selatan Thailand itu. Kalau pun cerita beliau benar bukan mudah untuk mendapatkan semula kawasan tersebut dari sebuah kerajaan yang sah. Saya pula telah banyak membaca tentang konflik di Selatan Thailand semenjak mendengar pengakuan dari bekas rakan sekolah saya itu.
Apa-apa pun Selatan Thailand terus bergolak hebat. Dan seterusnya kita bercakap pula tentang pembunuhan jemaah di Masjid Furqan pada posting saya yang seterusnya.
Saya secara peribadi berasa kekejaman di Selatan Thailand sudah sama tarafnya dengan kekejaman di Palestine. Musuh-musuh Islam di kedua-dua kawasan ini tidak mempunyai perasaan kemanusiaan lagi kepada orang-orang Islam di sana. Orang-orang Islam di kedua-dua tempat ini pula terus dengan usaha membalas dendam. Konflik tidak akan berakhir.....dan kita terus jadi pemerhati...
Kalau betul rakan saya itu pewaris kerajaan Pattani saya harap dia buat sesuatu dengan cepat untuk menyelamatkan rakyatnya yang terseksa di sana.....
Lawatan Lee Kuan Yew
Saya tidak dapat tidak berasa jelek dengan sambutan istimewa Malaysia kepada Lee Kuan Yew pada lawatan beliau ke negara kita baru-baru ini. Raja, para menteri, pegawai kerajaan dan segala vip kat Malaysia turun mengadap beliau. Senyum manis , pelukkan mesra di beri kepada Lee seolah beliau menabur banyak jasa pada negara kita. Apa ya, Lee buat pada Malaysia sehingga diberi layanan begitu istimewa???
Saya pernah bekerja di Singapura. Rakan-rakan sekerja saya di sana (warganegara Singapura) semua tidak suka pada Lee. Mereka kata Lee diktator. Saya pula yang mempertahankan Lee. Saya kata pada mereka, awak semua patut bersyukur dapat Lee sebab kerana dia bangsa awak (mereka semua berbangsa Cina) dapat satu tanah yang berharga di alam Melayu ini.
Bagaimana liciknya permainan politik Lee dan lembabnya permainan politik Melayu di Malaysia pada ketika itu sehingga tanah di beri kepada bangsa immigran dengan begitu sahaja. Setelah dapat tanah Melayu itu (Singapura) Lee membangunkannnya dengan lebih pesat lagi sehingga awak semua (merujuk kepada rakan sekerja saya) dapat hidup dengan mewah dan harmoni! Mereka semua tetap tak suka pada Lee. Apa la dia orang ni...sama je macam ramai orang Melayu kat Malaysia ni, tak tau bersyukur, he..he....
Saya bukan apa, orang Melayu kita ni suka sangat melebih-lebihkan orang lain. Segala macam konflik antara negara kita dengan negara Singapura masih belum selesai i.e. isu harga air dan sebagainya. Namun kita terusan sahaja menatang orang yang terlibat terus dengan segala isu tersebut seperti menatang minyak yang penuh.
Mungkin pucuk kempimpinan sekarang terlalu perlukan sokongan kaum Cina di Malaysia itu yang beria-ia sangat menatang Lee. Nak bagi sambutan pada Chin Peng tak sesuai, bagi la pada Lee...he..he..
Saya baca blog Kadir Jasin. Beliau pun rupanya mempunyai pendapat yang lebih kurang sama dengan saya. Baginya sambutan Malaysia ke atas Lee seperti menyusukan kera dihutan, anak di rumah mati kelaparan. Beliau juga mengingatkan tentang kekejaman politik yang dilakukan oleh Lee ke atas ramai tokoh termasuk A. Samad Ismail demi kelangsungan politik beliau di Singapura.
Saya pula baru terbaca mengenai James Puthucheary yang dipenjarakan beberapa kali oleh Lee kerana tidak sependapat dengan beliau dengan cara pentadbiran PAP. James Puthucheary juga telah diharamkan untuk menjejakkan kaki beliau ke Singapura oleh Lee.
Banyak nasihat yang Lee beri kepada Malaysia sewaktu lawatan beliau. Yang paling syok di dengar, kata beliau orang Malaysia jangan risau tentang pembangunan di Wilayah Iskandar di Johor Bahru tu. Memang warga Singapura banyak melabur di sana tapi itu tidak bermakna rakyat Malaysia tidak boleh bekerja di sana. Wah! Rakyat kita dapat bekerja di kawasan tersebut atau tidak pun kena diberi lampu hijau Singapura ke?? Tahniah Malaysia!
Sambutan istimewa VVIP Malaysia ke atas Lee mungkin patut membuka minda saya supaya turut berasa bangga dengan lawatan Lee ke Malaysia. Saya patut membuang segala perasaan curiga dan prejudis kepada kemimpinan Singapura atas niat mereka ke atas Malaysia. Selama ini ramai antara kita berasa curiga kepada Singapura kerana hubungan dingin pucuk pimpinan kita dengan negara kepimpinanan negara tersebut pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahatir.
Tapi ni bukan zaman Tun memerintah lagi, ni dah zaman Najib yang bapanya (Tun Razak) turut sama terlibat di dalam penyerahan Singapura kepada Lee. Namun bila saya fikir-fikirkan dan renung-renungkan...eemmm...belum boleh rasanya berasa begitu gembira, sebab saya tidak nampak lagi apa yang Lee buat sehingga saya patut berasa bangga dengan kehadiran beliau. Apa yang beliau dan kerajaan Singapura buat kat negara kita sampai kita perlu berpeluk cium dengan mereka??? Belum ada apa-apa lagi kan?? Jadi berbuat lah baik dengan Lee dengan berperi-peri (seperti tajuk pantun Kadir Jasin di blognya).



